Jurulatih Itali, Roberto Mancini, kecewa Euro 2020 telah ditangguhkan sementara menyifatkan keadaan yang melanda negaranya seperti 'ditumbuk di muka'.

UEFA telah mengambil keputusan untuk menunda Kejohanan Eropah sehingga 2021, sementara kesemua pertandingan UEFA untuk saingan kelab dan skuad kebangsaan turut ditunda sehingga diberitahu kelak.

Mancini berkata beliau telah berhubung dengan pemain-pemain sebagai salah satu bahagian persiapan buat Itali untuk berdepan England dan Jerman dalam aksi persahabatan.

Tetapi pandemik koronavirus yang teruk melanda Itali, beliau menjelaskan fokusnya kini adalah membantu mereka yang memerlukan, dengan angka kematian di Itali mencecah 4,800 Sabtu lalu.

"Saya telah berhubung dengan pemain-pemain saya sejak beberapa minggu yang lalu, terutama sekali mereka yang mengalami kecederaan dan yang diragui," kata Mancini. "Saya telah berusaha untuk aksi persahabatan dengan England dan Jerman serta untuk menghadapi Euro 2020.

"Saya mengakui agak kecewa apabila ia ditangguhkan sehingga tahun hadapan.

"Video konvoi ketenteraan yang membawa keranda dari Bergamo adalah seperti pukulan di muka, gambar yang paling sukar dan paling mengecewakan.

"Tiada siapa yang bersedia untuk Covid-19.

"Saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkan Itali, kerana saya berasa selamat di sini dan pegawai perubatan kami telah melakukan tugas yang terbaik. Saya mahu berasa dekat dengan mereka yang menghadapi kesusahan."

Mancini said he was heartened by the displays of solidarity among Italian citizens being widely shared on social media, where videos of communities spontaneously bursting into song from their balconies have become popular.