Ivan Rakitic menegaskan dia tidak akan meninggalkan Barcelona pada tahun ini dan mendedahkan dia dan pihak kelab telah bersetuju bahawa tiada apa yang perlu dibincangkan.

Rakitic menyertai Barca pada 2014 selepas menyinar bersama Sevilla dan menikmati pelbagai kejayaan di Camp Nou.

Namun, dalam beberapa tahun lalu, dia menjadi sasaran kekecewaan oleh peminat sehingga menjadikannya sasaran sewaktu beraksi.

Musim ini, dia hanya beraksi 10 daripada 27 perlawanan LaLiga sebelum saingan ditangguhkan akibat coronavirus.

"Tidak kira apa terjadi, situasi tetap sama dan status saya dibincangkan," katanya.

"Kini, segalanya jelas untuk kami kerana dalam tempoh 10 atau 15 hari, kami berbincang dan mencapai persetujuan bahawa tiada apa perlu diperkatakan.

"Saya mempunyai kontrak dengan Barca dan ia adalah kelab yang saya inginkan. Kota Barcelona juga bagus untuk isteri dan anak-anak saya menjalani kehidupan, jadi tiada sebab untuk saya berhijrah.

"Saya telah menjalani latihan, berasa bagus dan yakin untuk kekal lama di Barca."