Akan berlaku kekurangan penyokong Barcelona dalam pertemuan dengan Atletico Madrid di Wanda Metropolitano di atas faktor logistik.

Barca akan membuat kunjungan ke Madrid tanpa peminat selepas rehat antarabangsa pada 14 Oktober ini, demikian pengumuman dibuat pendahulu La Liga itu, hari ini.

Permohonan tiket untuk perlawanan tersebut telah dibatalkan kerana Atletico tidak dapat membekalkan tiket ditawarkan sebelum ini di stadium yang baru dibin, walaupun 62 penyokong yang telah membuat pembelian dijamin boleh hadir.

Situasi itu berlaku selepas Barca mengalahkan Las Palmas 3-0 tanpa penonton di Camp Nou minggu lalu di sebalik ketegangan politik akibat referendum kemerdekaan Catalonia.

Stadium ikonik itu kosong apabila Lembaga Barca memutuskan untuk melangsungkan perlawanan tanpa penonton selepas permintaan menunda perlawanan ditolak oleh La Liga.

Rayuan penangguhan Barca muncul di sebalik kekocohan akibat puengutan suara bagi kemerdekaan Catalonia pada Ahad lalu, yang diisytiharkan tidak sah oleh Kerajaan Sepanyol.