Tiada pemain baru sertai Roma Januari ini

Oleh Penulis Jemputan 25 Disember 2017 15
Tiada pemain baru sertai Roma Januari ini
Pengarah Sukan Roma, Monchi, tidak menjangkakan sebarang penambahan pemain dalam skuad ketika jendela perpindahan Januari yang bakal dibuka.

Harapan Roma untuk menjuarai Serie A musim ini tergugat apabila tewas 1-0 kepada juara bertahan, Juventus.

Kekalahan itu meletakkan mereka ketinggalan tujuh mata di belakang Napoli dan enam di belakang Juve walaupun Roma masih memiliki kelebihan satu perlawanan bertemu Sampdoria.

Selepas meninggalkan Sevilla pada April untuk bersama Roma, Monchi telah membawa banyak muka baru ke dalam pasukan.

Rick Karsdorp, Cengiz Under, Bruno Peres, Lorenzo Pellegrini, Aleksandar Kolarov dan Maxime Gonalons merupakan antara pemain yang telah dipilih oleh Monchi untuk memperkuatkan jentera Roma.

Tetapi Monchi, yang tidak berasakan perbelanjaan yang sama akan dilakukan pada Januari ini, percaya skuad yang dimiliki sudah berkemampuan untuk mencipta kemenangan.

"Kami akan berbincang jika mahu mendapatkan pemain baru," kata Monchi.

"Buat masa ini, penambahan pemain dalam bulan Januari besar kemungkinan tidak akan berlaku."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen