Deco percaya prestasi semasa bukan tali pengukur tatkala pasukan lamanya, Barcelona, bersiap sedia menghadapi Real Madrid dalam aksi pertama El Clasico musim ini pada Sabtu.

Bekas pemain antarabangsa Portugal itu menghabiskan empat musim di Camp Nou dan berjaya meraih dua kejuaraan LaLiga dan Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2006.

Barca ketika ini ketinggalan enam mata di belakang Real Madrid, namun Deco berpendapat prestasi semasa kedua-dua pasukan tidak akan memainkan peranan sebaik perlawanan bermula.

"Pada saya, pertembungan kedua-dua pasukan ini merupakan yang terbaik dalam sejarah," Deco memberitahu Omnisport.

"Kerana itulah, seluruh dunia menantikan perlawanan ini. Pada saya, ini adalah perlawanan terbaik di dunia.

"Tiada pasukan pilihan dalam aksi El Clasico kerana dalam perlawanan ini, apa sahaja boleh berlaku.

"Pada saya, Barcelona dan Real Madrid merupakan pasukan terbaik di dunia.

"Pertama kali saya beraksi dalam El Clasico, iaitu pada tahun 2004, kami melakar kemenangan 3-0. Kemenangan itu menandakan kami telah menamatkan era dominasi Real Madrid.

"Namun, saat itu sudah berlalu dan kini kami akan melihat aksi pemain baru."