Tiada pasukan pilihan antara City, Real -- Capello

Oleh Ammar Hakim 22 Mac 2020 58
Tiada pasukan pilihan antara City, Real -- Capello
Manchester City mungkin memiliki kelebihan 2-1 namun Fabio Capello percaya tiada pasukan pilihan ketika Real Madrid berkunjung ke Stadium Etihad untuk aksi timbal balik pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL).

City meraih kelebihan dalam aksi pusingan 16 selepas bangkit untuk meraih kemenangan Santiago Bernabeu bulan lalu.

Kedua-dua kelab itu akan sekali lagi bertemu untuk aksi timbal balik di Manchester 17 Mac lalu, namun penularan koronavirus memaksa saingan tersebut ditangguh.

UEFA mengumumkan awal bulan ini bahawa mereka komited untuk menyempurnakan saingan sebelum berakhirnya bulan Jun, namun ia tetap bergantung kepada situasi di benua tersebut.

Dalam satu temubual bersama AS, bekas pengendali Real, Capello, mendakwa penangguhan tersebut mungkin mampu memberikan kelebihan kepada kelabnya, namun mereka perlu bangkit daripada ketinggalan defisit jaringan.

"Bagi saya, ia mengubah segala-galanya," kata Capello. "Rehat ini menyaksikan tiada pasukan pilihan."
Vinicius Junior melakukan umpanan jaringan pembukaan REal dalam pertembungan dengan City sebelum ini, bekas pemain muda itu telah diberikan banyak peluang beraksi musim ini di bawah kendalian Zinedine Zidane.

Rodrygo turut menabur bakti kepada pasukan dalam saingan di Eropah, termasuk menjaringkan hatrik ketika mencatatkan kemenangan 6-0 ke atas Galatasary dalam peringkat kumpulan.

Capello berharap Real akan membimbing dua pemain kelahiran Brazil itu dengan baik.

"Anda perlu menggunakan pemain-pemain muda ini dengan sebaik mungkin, memberikan sebanyak pengalaman yang mungkin."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen