Tiada kontroversi saya dengan Sarri -- Ronaldo

Oleh Penulis Jemputan 18 November 2019 392
Tiada kontroversi saya dengan Sarri -- Ronaldo
Cristiano Ronaldo menegaskan tiada kontroversi di sebalik pertukarannya ketika beraksi untuk Portugal kerana dia telah bermain dengan kecederaan lutut.

Ronaldo kelihatan marah apabila dikeluarkan awal dalam separuh masa kedua ketika Juventus berdepan Milan dalam saingan Serie A, dengan pemain gantian, Paulo Dybala, muncul penjaring gol kemenangan dalam perlawanan yang berkesudahan 1-0 itu.

Ketua jurulatih, Maurizio Sarri, menjelaskan bahawa lutut yang bengkak telah membantutkan prestasi Ronaldo, yang turut dikeluarkan ketika pasukan meraih kemenangan 2-1 ke atas Lokomotiv Moscow dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) -- satu lagi perlawanan di mana pemenang Ballon d'Or lima kali itu sekadar menyaksikan gol kemenangan dari bangku simpanan.

Ronaldo mendapatkan semula sentuhan terbaiknya ketika bersama Portugal dalam saingan kelayakan Euro 2020 dengan meraih hatrik ketika mengatasi Lithuania 6-0 sebelum menyumbat satu gol ketika menundukkan Luxembourg 2-0 awal pagi tadi. 

"Sejak minggu lalu, waktu bermain saya semakin terhad. Tidak ada kontroversi, anda yang mencipta kontroversi," kata Ronaldo kepada wartawan selepas perlawanan di Stade Josy Barthel itu.

"Saya tidak gemar untuk digantikan, tetapi waktu bermain saya sangat terhad sejak minggu lalu. Saya cuba membantu Juventus walaupun bermain dengan kecederaan.

"Tiada siapa yang gemar untuk digantikan tetapi saya memahami mengapa -- saya tidak berada di tahap terbaik.

"Saya masih belum di tahap terbaik tetapi apabila ia melibatkan pengorbanan buat kelab atau pasukan anda, saya akan melakukannya dengan penuh bangga kerana masih terdapat banyak lagi perlawanan yang perlu ditempuhi."

Ronaldo terus meletakkan penanda aras yang tinggi dan memujuk badannya yang kini berusia 34 tahun itu untuk terus menampilkan aksi terbaik.

"Bersama Juventus, Inter memberikan tekanan dalam saingan Serie A. Kami mendahului dua mata tetapi tidak boleh memandang mudah jika kami seri atau tewas. Mereka melintasi kami dan saya sedia untuk dikorbankan," katanya lagi.

"Dalam skuad kebangsaan, jika kami tidak menang salah satu daripada dua perlawanan, kami mungkin akan tersingkir. Saya turut berkorban demi Portugal.

"Saya tidak pernah mengalami kecederaan yang serius. Saya bermain 50 atau 60 perlawanan setahun -- ia merupakan satu keperitan untuk kekal di tahap terbaik.

"Saya sentiasa cuba untuk membantu. Mereka sentiasa menghidupkan kontroversi tentang perkara sebegini tetapi seperti apa yang anda ketahui, saya tidak bercakap banyak kepada media.

"Kami menang. Juventus di tangga teratas, kami layak dan saya akan berusaha untuk kembali ke tahap terbaik secepat mungkin."

Portugal mengharungi aksi yang sukar daripada apa yang dijangkakan di Luxembourg, dengan jaringan jarak dekat Ronaldo memastikan tiga mata diraih ketika perlawanan berbaki empat minit, ditambah pula beraksi di atas permukaan padang yang mengecewakan.

"Sukar untuk bermain di atas permukaan ini, ia adalah padang tanaman ubi kentang," tambah Ronaldo.

"Saya tidak pasti bagaimana pasukan yang berada di tahap ini beraksi di atas permukaan yang tidak berkualiti ini. Permainan yang ditonjolkan tidak cantik.

"Kami melakukan tugas kami, menang 2-0 adalah keutamaan."
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen