Zinedine Zidane menegaskan Real Madrid tidak akan bertindak tidak matang dan meraikan sesuatu walaupun meraih keputusan baik dalam saingan LaLiga sejak beberapa minggu lalu.

Barcelona diikat seri dalam tiga daripada empat aksi terakhir sambil Real memenangi kesemua perlawanan dihadapi dalam tempoh sama untuk meraih kelebihan empat mata.

Seteru Clasico itu memiliki 15 mata untuk dikutip, bermakna Barca memerlukan keputusan terbaik dalam baki perlawanan termasuk aksi setempat di laman sendiri menentang Espanyol sambil Real berkunjung ke Athletic Bilbao.

Kali terakhir Los Blancos memenangi LaLiga adalah pada 2016-17, ketika tempoh Zidane mengendalikan Real sebelum ini dan pengendali itu tidak mahu mengambil kesempatan.

"Pemain tahu ia rumit, sukar, saingan panjang dan sebelum perlawanan, mereka mahu memberikan segalanya," katanya.

"Tiada sebarang tindakan untuk meraikan apa-apa kerana kami masih belum memenangi kejuaraan.

"Kami perlu bekerja keras dan memberikan komitmen terbaik, berusaha memenangi perlawanan."

Sergio Ramos meledakan jaringan kemenagan ketika berdepan Getafe dalam aksi sebelum ini dan dia kini bersedia untuk bergandingan dengan Eder Militao di San Mames..

Muka Raphael Varane terkena bola ketika aksi Khamis lalu dan terpaksa dikeluarkan tatkala benteng Perancis itu mengalami kecederaan leher dan gagal pulih sebelum aksi malam ini.