CHELSEA 3 BATE 1

Maurizio Sarri berkata tiada ruang untuk mengisi Ruben Loftus-Cheek dalam skuad utama Chelsea di sebalik pemain tengah itu meledak hatrik ketika berdepan BATE dalam aksi Liga Europa (UEL), awal pagi tadi.


Perancang England itu menjaringkan gol pertamanya bersama Chelsea untuk membantu The Blues merakamkan kemenangan 3-1 di Stamford Bridge tetapi pengendali pasukan, Sarri, mendedahkan tiada jaminan buat pemain itu untuk diturunkan dalam kesebelasan utama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Loftus-Cheek membuat penampilan dua kali sebagai pemain gantian dalam saingan EPL dan Sarri berkata pemain berusia 22 tahun itu perlu bersaing dengan Eden Hazard dan Ross Barkley untuk satu posisi yang sama.

Selepas mengetahui Loftus-Cheek menjadi pemain pertama Chelsea untuk meledak hatrik dalam saingan Eropah sejak Didier Drogba, Sarri memberitahu BT Sport: "Buat masa ini, dia bukan Drogba, tetapi berharap mampu menjadi sepertinya pada masa akan datang.

"Pada permulaan musim, Loftus-Cheek merupakan pemain yang berkualiti dan kini dia sudah mula sesuai dengan gaya permainan pasukan," tambahnya.

Loftus-Cheek menjaringkan gol dua kali dalam tempoh lapan minit sejak perlawanan bermula ketika berdepan juara Belarus itu sebelum menyempurnakan hatrik lapan minit selepas perlawanan bersambung.