Tiada jaminan buat Alcacer

Oleh Penulis Jemputan 27 September 2017 503
Tiada jaminan buat Alcacer
Pengurus Barcelona, Ernesto Valverde, tidak memberikan sebarang jaminan masa depan buat penyerang, Paco Alcacer, selepas pemain itu tidak disenaraikan di dalam pasukan bagi menghadapi Sporting Lisbon dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Sejak melakukan penampilan selama 30 minit ketika menewaskan Alaves pada 26 Ogos, Alcacer tidak berjaya menarik perhatian Valverde.

Dia sekadar memanaskan bangku simpanan ketika Barca menewaskan Espanyol dan Girona, sekaligus menimbulkan persoalan mengenai masa depannya di Camp Nou.

"Terdapat 24 pemain dalam pasukan dan anda bertanya saya hampir setiap minggu mengenai pemain yang tidak tersenarai.

"Saya tidak boleh memilih semua kerana Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) tidak membenarkannya," kata Valverde.

Lebih memeranjatkan, pemain veteran, Andres Iniesta, yang telah beraksi sebanyak enam kali pada musim ini, membuktikan Valverde lebih gemar mengharapkan dirinya berbanding pengendali sebelum ini, Luis Enrique.

"Iniesta adalah pemain penting buat Barcelona dan disebabkan itu, dia sering beraksi buat pasukan.

"Saya terpaksa menipu jika mengatakan tidak merinduinya apabila dia tidak beraksi," katanya lagi.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen