Tiada jalan mudah buat Atletico, kata Simeone

Oleh Staff Writer 11 Disember 2018 88
Tiada jalan mudah buat Atletico, kata Simeone
Pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone, percaya kedudukan teratas Kumpulan A tidak menjamin laluan mudah buat pasukannya dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah, edisi ini.

Atletico mengetuai Kumpulan A dan hanya memerlukan keputusan seri dengan Club Brugge untuk memastikan kedudukan itu, awal pagi nanti.

Mereka tersingkir dalam saingan peringkat kumpulan musim lalu, namun kemudian menjuarai Liga Europa.

Secara teori, pendahulu kumpulan akan berdepan laluan lebih baik dalam saingan kalah mati.

Namun, berdasarkan sejarah, ia tidak selalu terjadi.

Manchester United, Tottenham Hotspur, AS Roma dan finalis edisi lalu, Liverpool, merupakan antara pasukan yang berkemungkinan layak ke pusingan kedua sebagai pasukan kedua terbaik kumpulan masing-masing.

Gara-gara itu, Simeone seakan-akan tidak kisah dengan kedudukan pasukannya dalam Kumpulan A.

"Sama ada tamat di kedudukan pertama atau kedua, tiada siapa mempunyai tongkat ajaib untuk mengetahui apa yang bakal terjadi pada masa akan datang.

"Kami perlu melakukan yang terbaik dan yang terbaik itu selalunya menang.

"Brugge pasukan yang sangat kompetitif dan tersusun. 

"Walaupun mereka mengalami kemerosotan prestasi, mereka telah memaparkan semangat juang yang tinggi sepanjang bulan lalu.

"Mereka mampu menghasilkan variasi serangan.

"Mereka terpaksa menyingkirkan beberapa pemain, namun masih mempunyai kekuatan dalam jentera serangan.

"Mereka menghasilkan serangan balas yang hebat ketika berdepan Borussia Dortmund sebelum ini.

"Ketika di Wanda Metropolitano, kami berada di depan, namun mereka sentiasa berbahaya ketika melakukan serangan.

"Kami benar-benar berharap untuk menguasai perlawanan itu nanti," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen