Sandro Tonali dilaporkan berada dalam radar Juventus dan Inter Milan tetapi pengendali Brescia, Diego Lopez, percaya pemain tengah yang menjadi rebutan itu tidak mempunyai had dalam permainannya.

Tonali -- yang menjadi kunci utama kenaikan Brescia daripada Serie B musim lalu -- sekali lagi menyinar bersama kelabnya walaupun mereka kini menduduki tangga terbawah Serie A.

Mereka ketinggalan sembilan mata daripada zon selamat sewaktu saingan ditangguhkan akibat coronavirus pada Mac lalu dan Brescia tampak bakal diturunkan ke divisyen dua.

Namun, Tonali tetap menjadi buruan kelab elit termasuk Juve dan Inter.

"Terdapat banyak perbincangan mengenainya tetapi dia adalah seorang pemain muda yang cintakan bola sepak," kata Lopez.

"Saya tidak boleh berikan nasihat untuknya di luar padang. Sebagai seorang pemain, saya boleh katakan dia masih boleh meningkat.

"Dia memiliki segalanya tetapi mampu jadi lebih baik. Tiada sebarang had untuknya.

"Saya gemar melihatnya di depan pertahanan. Dia serba-boleh seperti Radja Nainggolan di bahagian tengah."

Tonali dibandingkan dengan legenda Itali, Andrea Pirlo, yang turut memulakan karier bersama Brescia.

Baru-baru ini, Pirlo menyifatkan Tonali sebagai pemain lebih lengkap berbandingnya tatkala pemain muda itu telah mencatat tiga penampilan buat skuad The Azzurri.

"Katakan Pirlo memberikan jawapan tepat," ujar Tonali.

"Kami tidak beraksi bersama tetapi untuk mengatakan saya lebih lengkap berbandingnya...

"Apabila rakan saya menghantar video Instagram sewaktu Pirlo berkata begitu, saya terpegun. Apa yang boleh dikatakan, terima kasih.

"Saya mahu belajar daripadanya. Hantaran jauh dari bawah yang tepat. Saya kini lebih bagus dengan hantaran pendek. Terus-terang, ia hadir secara semulajadi berbanding hantaran jauh.

"Saya tahu dengan pengorbanan besar, saya mampu mencapai puncak dunia. Saya boleh tiba di separuh bahagian tetapi bersedia melakukannya."