Cristiano Ronaldo menikmati jaringan terbarunya di Arena Friends Sweden ketika meledak gol yang ke-100 dan 101 bersama Portugal namun kapten pasukan itu menegaskan dia tidak mempunyai apa-apa untuk dibuktikan.

Ronaldo beraksi bersama skuad kebangsaan buat pertama kali bagi tahun 2020, selepas tidak tersenarai ketika mengatasi Croatia 4-1 minggu lalu.

Keputusan itu menyaksikan Portugal mungkin dapat beraksi dengan lebih baik tanpa kelibatnya, namun telah dia telah mencatatkan rekod baru awal pagi tadi.

Dua golnya -- yang ke-100 dan 101 di peringkat antarabangsa -- melengkapkan kemenangan 2-0, menambah jaringan hatrik yang dihasilkannya di stadium yang sama ketika Ronaldo seorang diri mengatasi Sweden dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2014.

Penyerang Juventus itu berkata, "Saya tidak mengikuti ulasan itu, ia hanyalah pandangan.

"Saya mengetahui telah memahat kenangan di stadium ini dan mengetahui jika sekali lagi beraksi di sini, ia akan menambah memori di sini. Saya tidak peduli dengan provokasi.
"Apa yang telah saya lakukan dalam karier saya telah tertulis. Tidak, saya tidak perlu buktikan apa-apa kepada sesiapa, dan jika perlu, saya akan menunjukkannya di atas padang."

Mengenai jaringannya yang ke-100 dan 101, Ronaldo berkata, "Saya sangat gembira. Pertama sekali, pasukan telah menang yang terhasil daripada jaringan tersebut.

"Masa depan kini terletak di tangan tuhan, saya berasa sangat baik bermain bersama pemain-pemain muda."

Rekod 109 jaringan yang diledak legenda Iran, Ali Daei menjadi sasaran seterusnya buat penyerang itu.