Theo Hernandez melengkapkan perpindahannya daripada Real Madrid ke AC Milan.

Milan dilaporkan membayar €20 juta (RM92.9 juta) untuk mendatangkan pemain berusia 21 tahun itu, yang menandatangani kontrak selama lima tahun di San Siro.

Theo menyertai Los Blancos daripada seteru setempat, Atletico Madrid, dengan kontrak enam tahun pada 2017.

Namun, dia hanya melakukan 23 penampilan dalam musim pertamanya sebelum dipinjamkan kepada Real Sociedad sepanjang musim 2018-19.

Dengan Madrid sudah menandatangani pertahanan kiri, Ferland Mendy, daripada Lyon, Theo -- yang abangnya, Lucas, meninggalkan Atletico Madrid untuk menyertai Bayern Munich, Isnin lalu -- dianggap sebagai lebihan pemain buat pasukan itu.

Pemain lain yang mungkin menuruti jejak Theo menyertai Milan ialah pemain tengah Empoli, Rade Krunic, manakala pemain Arsenal, Lucas Torreira, dilaporkan akan menyertai Rossoneri secara pinjaman.