Terbuka AS: Atasi Rogers, Osaka mara ke separuh akhir

Oleh Ammar Hakim 9 September 2020 100
Terbuka AS: Atasi Rogers, Osaka mara ke separuh akhir
Naomi Osaka semakin hampir untuk menjulang gelaran Terbuka AS yang kedua selepas mara ke separuh akhir selepas mengatasi Shelby Rogers.

Osaka -– juara 2018 dan bekas pemain nombor satu -- cemerlang mengatasi Rogers 6-3, 6-4 di Flushing Meadows awal pagi tadi.

Juara grand slam dua kali, Osaka sebelum tewas tiga kali berdepan Rogers menjelang aksi suku akhir tetapi pilihan keempat itu menamatkan kemarau sekaligus melangkah ke separuh akhir.

Osaka selepas ini bakal berdepan Jennifer Brady dalam pertemuan merebut tempat ke final.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen