Penjaga gol Barcelona, Marc-Andre ter Stegen, dijangka terlepas aksi LaLiga seterusnya berdepan Espanyol sementara Arthur tidak akan sempat untuk pulih untuk saingan Piala Super Sepanyol.

Penjaga gol skuad kebangsaan Jerman itu kini menjalani rawatan masalah tendon lutut kanan dan disahkan tidak dapat beraksi -- lima hari sebelum bertemu Espanyol.

Ketika tiada jangka masa ditentukan buat Ter Stegen pulih sepenunya, mereka mengesahkan Arthur bakal terlepas tiga lagi minggu.

Pemain tengah itu mengalami kecederaan pangkal paha ketika merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Atletico Madrid pada 1 Disember lalu.

Arthur terlepas kunjungan Barca ke Arab Saudi di mana mereka bertemu akan Atletico dalam aksi separuh akhir Piala Super Sepanyol, 9 Januari ini.

Dia dijangka kembali bertemu Valencia di Mestalla penghujung bulan depan.


Editor: Ammar Hakim