Tendangan terakhir selamatkan maruah Milan 

Oleh Shaiful Shamsudin 4 Mac 2021 1056
Tendangan terakhir selamatkan maruah Milan 
MILAN 1 UDINESE 1    

Stefano Pioli tidak melihat sebarang penurunan komitmen Milan ketika seri 1-1 dengan Udinese, tetapi mengakui mereka kurang berkualiti dalam perlawanan Serie A itu. 


Franck Kessie menyelamatkan maruah Milan apabila menyumbat sepakan penalti pada minit ke-97 -- penalti kesembilan disumbatnya itu merupakan tendangan terakhir di San Siro, awal pagi tadi -- yang menyaksikan Inter berpeluang untuk menjarakkan diri dengan enam mata sekiranya mereka menewaskan Parma, esok. 

Gok penyamaan Milan itu disempurnakan berikutan bola terkena tangan Jens Stryger Larsen, sekali gus meranapkan impian Udinese untuk mengukir kemenangan kedua dalam lapan kunjungan terakhir ke tempat lawan. 

Rossoneri turun tanpa tunjang utama, Zlatan Ibrahimovic, yang perlu berehat selama tiga minggu akibat kecederaan paha sementara pengurus Milan, Pioli, mengakui pasukannya kehilangan "ciri-ciri" yang mampu diketengahkan pemain berusia 39 tahun itu selain meratapi ketiadaan Mario Mandzukic.

"Kami mahu menang, sayangnya," kata Pioli kepada DAZN. 

 

"Kami tahu akan berdepan kesukaran apabila menentang sebuah pasukan yang gemar bertahan. 

"Saya melihat tekad dan kurangnya. Ada kekurangan dalam soal kualiti dan tempo permainan, tidak begitu garang dan berkeazaman tinggi .

"Kami akan menghadapi perlawanan seterusnya dengan seperti biasa. Setiap perlawanan mempunyai kisahnya yang tersendiri. Perlawanan lalu kami berdepan lawan yang cenderung mengasak, Udinese sebaliknya memainkan gemar bertahan.

"Hari ini kami tidak mempunyai ciri-ciri yang tepat untuk menghadapi perlawanan seperti ini, kami kekurangan dua penyerang sebenar dalam skuad. Rafael Leao dan Ante Rebic pula mempunyai gaya permainan yang berbeza. 

"Kami perlu terus berusaha untuk meneruskan usaha ini. Keputusan ini adalah separuh positif, ayuh fikirkan perlawanan seterusnya."

Ibrahimovic memerhati perlawanan dari bangku simpanan dan dilihat tidak berpuas hati dengan mutu persemabahan rakan sepasukannya. 

"Dia juga tidak berpuas hati dengan perlawanan ini seperti yang lain," jelas Pioli.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen