TAL: Besut pertahan kejuaraan liga

Oleh Tengku Danish Bahri 30 Disember 2019 740
TAL: Besut pertahan kejuaraan liga
Pasukan pilihan, Besut United, mengekalkan kejuaraan Liga Amatur Terengganu (TAL) selepas membenam Suhada FC 4-1 dalam aksi terakhir saingan liga kelmarin.
 

Lebih manis, juara edisi 2018 itu menamatkan sembilan perlawanan dengan rekod tanpa kalah untuk memungut 23 mata hasil tujuh kemenangan dan dua seri.
 
Besut United mengatasi cabaran pasukan di tangga kedua, Persatuan Bola Sepak Melayu Terengganu (PBSMT) yang sekadar seri 1-1 dengan CND FC dan mengumpul 18 mata.
 
Selaku juara, Besut United membawa pulang trofi, wang kemenangan RM2,000 dan medal.
 
Sementara itu kekalahan 2-3 kepada Raja Permin tidak menghalang Kerteh FC menjuarai saingan Perdana selepas terlebih dahulu mengesahkan kejuaraan minggu lalu.
 
Kerteh FC merekodkan lima kemenangan daripada lapan perlawanan dengan 16 mata keseluruhan, satu mata mengatasi naib juara, Delima Warriors, sekali gus membawa pulang trofi, wang tunai RM1,000 berserta medal.
 
Berakhirnya saingan liga menyaksikan lapan pasukan akan berentap dalam pusingan kalah mati Piala TAL bagi merebut gelaran mutlak liga M4 itu yang menawarkan RM12,000.
 
Kredit foto: Liga Amatur Terengganu (TAL)

Editor: Shaiful Shamsudin 
 

Tentang Penulis

Tengku Danish Bahri

Komen