Pemain tengah, Toni Kroos, tampil mempertahankan jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, yang berdepan kritikan sejak akhir-akhir ini.

Sejak menyandang jawatan itu pada Januari, Zidane membimbing Real Madrid untuk meraih kejayaan memenangi Liga Juara-Juara.

Justeru, Kroos menegaskan Zidane tidak berhak dilayan sedemikian rupa.

"Saya harus mengakui bahawa saya tidak kerap membaca suratkhabar dan saya tidak faham mengapa Zidane dikritik," kata Kroos yang selesai menandatangani kontrak baru selama enam tahun di Santiago Bernabeu.

"Kami tidak beraksi bagus ketika menentang Eibar, namun kami beraksi baik ketika menentang Las Palmas dan (Borussia) Dortmund.

"Zidane penting buat kami. Dia seorang yang berdedikasi dan kualiti yang dimilikinya tidak boleh diragui. Wujud suasana baik di kalangan pasukan ini.

"Ini bukan alasan tapi kami berdepan dengan masalah kecederaan tonggak utama.

"Kami memerlukan kemenangan ke atas Betis."