Tajaan permudah laluan Allee ke Malaga 

Oleh Shaiful Shamsudin 23 Ogos 2020 787
Tajaan permudah laluan Allee ke Malaga 
Pemain remaja, Allee Putra Azril, kini mampu menarik nafas lega apabila badan korporat, R2 Architect Sdn Bhd, tampil untuk menghulurkan bantuan pembiayaan dalam usahanya mengharungi latihan di Akademi Malaga City FC. 

Tonggak 15 tahun itu menganggap bantuan berkenaan sedikit sebanyak meringankan usahanya mengumpul dana bagi mengharungi karier bola sepak di Sepanyol kelak. 

"Saya ada buat persiapan untuk memahami selok-belok budaya bola sepak di sana. 

"Saya juga mengkaji aspek pemakanan, waktu tidur dan rehat mereka," katanya dalam Majlis Penyerahan Pembiayaan di ibu negara hari ini.

Firma arkitek itu akan memberi pembiayaan daripada sudut perbelanjaan tiket penerbangan, visa, kos penginapan serta kelas pembelajaran bahasa Sepanyol buatnya. 

Pemain berasal dari Malawi, Bachok, Kelantan itu dijangka akan berlepas hujung bulan ini.

"Allee punya keunikan sendiri. 

"Yang pertama, dia menerima tawaran rasmi daripada Malaga sendiri. 

"Satu lagi, Allee tidak melalui proses pembelajarannya juga tidak seperti lazimnya, jadi dia boleh berikan fokus 100 peratus kepada bola sepak," kata Pengarah Urusan R2 Architect Sdn Bhd, Ruslan Razak.







 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen