Syria kejutkan China dalam kelayakan Piala Dunia

Oleh Staff Writer 6 Oktober 2016 8
Syria kejutkan China dalam kelayakan Piala Dunia

Gol oleh Mahmoud Al-Mawas menghadiahkan kemenangan mengejut Syria ke atas China 1-0 dalam kelayakan Piala Dunia di Xi'an.

Pemain berusia 23 tahun itu melakukan penyudah hasil serangan balas pada awal babak kedua untuk menghadirkan tiga mata penuh buat pasukan yang berada di ranking ke-144 dunia itu, sekali gus meletakkan Syria di tangga keempat saingan Kumpulan A.

China, yang menduduki ranking ke-78 dunia di samping memiliki liga yang bertaraf antarabangsa, kini hanya mengutip satu mata daripada tiga perlawanan dan berdepan bahaya untuk gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 di Russia.

Pasukan pelawat -- yang hanya memiliki 17 juta rakyat, 76 kali lebih kecil dari China -- berupaya mendahului 2-0 pada minit ke-73, namun percubaan Omar Kharbin gagal disudahkan.

Syria, yang terpaksa beraksi di Oman susulan negara mereka berdepan peperangan, kini hanya tiga mata dibezakan dengan pendahulu, Iran.


Tentang Penulis

Staff Writer

Komen