Syahmi guna tempoh PKP pertingkat kekuatan fizikal

Oleh Staff Writer 16 Julai 2020 427
Syahmi guna tempoh PKP pertingkat kekuatan fizikal
Obses 'pasang badan' menjadikan tonggak Selangor, Syahmi Safari, lebih sempurna berbanding sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain memastikan bentuk fizikalnya berada dalam keadaan mantap, inisiatif itu juga dilakukan Syahmi demi skuad Harimau Malaya dalam sebelum tampil beraksi dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

"Sebenarnya, memang saya ada kesedaran dan telah bermula melakukan aktiviti untuk untuk memantapkan lagi otot dan badan. Tetapi metabolisme badan saya yang tinggi jadi susah untuk naik," kata Syahmi kepada wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam pada hari pertama The Red Giants menjalani latihan secara sentuhan.

"Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya banyak membuat latihan fizikal memberikan keutamaan kepada bahagian badan.

"Untuk beraksi di tahap paling tinggi, kekuatan fizikal sangat penting untuk bersaing dengan barisan pemain antarabangsa. Sebagai contoh, Brendan Gan seorang pemain yang mengutamakan kekuatan fizikal dan menjadi ikutan kepada semua.

"Secara teknikal, saya perlu meningkatkan lagi mutu permainan untuk cemerlang di peringkat yang paling tinggi serta tidak meletakkan diri dalam zon selesa."

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen