Debaran pertemuan di antara dua musuh tradisi, Malaysia dan Indonesia, dalam pusingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia kian terasa dengan kedua-dua pasukan sudah bersedia untuk membuat perhitungan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Dalam sesi latihan ringan di hotel penginapan rasmi pagi tadi, skuad negara kelihatan sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi Indonesia.

Rata-rata pemain berada dalam keadaan terbaik, bermotivasi tinggi dan berkeyakinan selepas menundukkan Thailand 2-1 di venue sama Khamis lalu.

Bek kanan negara, Syahmi Safari, yang sebelum ini mengalami kecederaan otot, berada dalam keadaan yang cukup baik untuk diturunkan.

Norshahrul Idlan Talaha pula dijangka akan diturunkan sebagai penggempur utama selepas ketiadaan Syafiq Ahmad yang digantung satu perlawanan.

Ikuti perkembangan terperinci dalam Nadi Arena jam 7.30 malam ini.