Zinedine Zidane berkata terlepas aksi final Supercopa de Espana dengan Barcelona bukanlah satu kegagalan bagi Real Madrid selepas mereka ditewaskan 2-1 oleh Athletic Bilbao.

Dua jaringan Raul Garcia dalam separuh masa pertama cukup untuk menyingkirkan penyandang juara dan menamatkan rekod sembilan perlawanan tanpa kalah di La Rosaleda semalam.

Gol ke-13 Karim Benzema musim ini menghadirkan harapan selepas Marco Asensio dua kali menggegar palang, tetapi mereka bertahan bagi mendapatkan kemenangan kedua ke atas juara LaLiga itu selepas 23 perlawanan dan kemenangan pertama di bawah kendalian jurulatih baru, Marcelino.

Jurulatih Real, Zidane, berasakan skuad kendaliannya gagal menampilkan permainan terbaik namun tidak meratapi kekalahan tersebut.

"Separuh masa pertama kami agak sukar, kami tidak bermain dengan baik dan mereka menjaringkan dua gol. Mereka memiliki dua peluang dan meledak dua gol. Apabila ketinggalan dua gol, ia amat sukar.

"Kemudian kami beraksi dengan lebih baik dalam separuh masa kedua, kami mencipta peluang, menjaringkan gol namun tidak dapat menghasilkan gol kedua."

"Ia bukan satu kegagalan. Kegagalan adalah tidak mencuba, tidak memberikan yang terbaik di atas padang. Itulah kehidupan, anda tidak akan sentiasa menang. Apa yang akan cuba adalah berusaha untuk menang, tetapi tidak selalu mendapatkannya.


Real tidak tewas sejak Disember lalu dan Zidane menjangkakan rehat hujung minggu ini akan digunakan sebaik mungkin sebelum bertemu Alcoyano dalam saingan Copa del Rey Rabu hadapan, sebagai tindak balas bangkit terlepas satu gelaran musim ini.