Gerard Pique mengatakan bahawa sukar untuk menyaksikan Real Madrid kehilangan mata apabila Barcelona memberikan peluang buat skuad kendalian Zinedine Zidane oti peluang untuk merebut gelaran LaLiga musim ni.

Seri tanpa gol di Sevilla awal pagi tadi membuka pintu buat Real untuk berkongsi mata dengan Barcelona di puncak LaLiga Ahad ini, menjelang pertemuan dengan Real Sociedad di Anoeta.

Pique tidak dapat mencetus inspirasi kepada Barcelona dalam usaha mendapatkan kemenangan di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, dan membenarkan persaingan merebut gelaran liga kembali terbuka.

Dia berkata "Sukar untuk memenangi liga kali ini. Kami akan memberikan segala yang termampu dan memastikan tidak lagi kehilangan mata.

"Daripada apa yang saya lihat dalam beberapa minggu terakhir, sukar menyaksikan Real Madrid kehilangan mata."

Lionel Messi hampir memecah kebuntuan menerusi sepakan percuma dalam separuh masa pertama tetapi Barcelona gagal menembusi benteng pertahanan skuad kendalian Julen Lopetegui itu.
Pique berasa dia dan rakan sepasukannya melepaskan peluang untuk meraih tiga mata lagi, tetapi kemudian dia mungkin memikirkan bagaimana keadaannya mungkin boleh menjadi lebih buruk.

Pemain pertahanan Sevilla, Sergio Reguilon, yang dipinjam dari Real Madrid, mempunyai peluang terakhir yang mengagumkan tetapi melakukan percubaan dan Marc-Andre ter Stegen berjaya menafikannya.