Suhaimi, Nurul Ain dijulang Pengadil Terbaik 2017 

Oleh Penulis Jemputan 22 Disember 2017 320
 Suhaimi, Nurul Ain dijulang Pengadil Terbaik 2017 
Pengadil bola sepak pantai, Suhaimi Mat Hassan dari Terengganu, dinobatkan selaku Pengadil Terbaik 2017 sementara Nurul Ain Izzaty Zainal yang baru berusia 19 dipilih Pengadil Wanita Berpotensi dalam Majlis Makan Malam Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), malam tadi. 

Suhaimi yang pernah mengendalikan tiga pentas Piala Dunia Bola Sepak Pantai dari tahun 2011 hingga 2015, menganggap kejayaannya itu sebagai paling tinggi pernah diterimanya. 

Meskipun bermula selaku pengadil bola sepak padang pada 2010, pemilihannya ke Itali bagi mengendalikan Piala Dunia Bola Sepak Pantai telah membuka lembaran baru dalam kerjayanya. 

"Pengiktirafan ini adalah yang terbaik dalam sejarah hidup saya. Saya sama sekali tidak menyangka akan dipilih sebagai Pengadil Terbaik 2017," kata Suhami. 

Dalam masa sama, Nurul Ain Izzaty Zainal yang berasal dari Negeri Sembilan, tidak menyangka paksaan ayahnya pada suatu ketika dahulu menjadi pencetus utama untuk dia menjadi seperti hari ini. 

"Sebelum ini saya tidak berminat mengadili perlawanan.

"Saya dipaksa oleh bapa untuk mengadili beberapa perlawanan dan dari situlah timbulnya minat untuk saya pergi lebih jauh," kata Nurul Ain. 



 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen