Suarez mahu Griezmann, Coutinho di Barcelona 

Oleh Penulis Jemputan 19 Disember 2017 1860
Suarez mahu Griezmann, Coutinho di Barcelona 
Penyerang Barcelona, ​​Luis Suarez, memuji "pemain elit" seperti Antoine Griezmann dan Philippe Coutinho apabila kedua-dua pemain terus dikaitkan dengan gergasi LaLiga berkenaan. 

Bintang Atletico Madrid, Griezmann, dan penyerang Liverpool, Coutinho, dilaporkan terus menjadi sasaran Barca.

Suarez, yang pernah beraksi di Anfield, memuji kedua-dua pemain itu dan berkata Barca sentiasa berusaha untuk membawa yang terbaik.

"Griezmann dan Coutinho adalah pemain elit yang bermain di peringkat tertinggi," kata bintang Uruguay itu kepada RAC105.

"Mereka mempunyai sebab untuk berada dalam kelas itu. Mereka berdua masih muda dan mempunyai masa depan yang cerah dan Barca sentiasa mahukan pemain terbaik," katanya.

Griezmann, 26, telah menjaringkan lima gol dan membantu mencipta tiga gerakan gol dalam saingan LaLiga musim ini.

Sementara itu, pemain antarabangsa Perancis itu turut memainkan peranan yang sama dengan Suarez dan dia percaya mereka mampu bergandingan.

"Jika anda melihatnya di Atletico, dia perlu mengambil peranan sebagai pemain nombor sembilan tetapi dia serba boleh," kata Suarez.

"Sudah tentu, Griezmann akan datang ke sini untuk memperkuatkan pasukan dan membantu pasukan."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen