Penyerang Barcelona, Luis Suarez, disisihkan dalam panggilan terbaru skuad Uruguay berikutan isterinya sedang menanti kelahiran anak ketiga mereka.

Dalam pusingan 16 Piala Dunia Russia, Jun lalu, Suarez mengumumkan bahawa keluarganya akan menerima kehadiran cahaya mata baru.

Persatuan Bolasepak Uruguay (AUF) semalam mengesahkan pemain berusia 31 tahun itu tidak akan dipanggil untuk perlawanan persahabatan menentang Korea Selatan dan Jepun pada 12 dan 16 Oktober ini.

Bagaimanapun, Suarez boleh disenaraikan oleh jurulatih, Oscar Tabarez, sekiranya isterinya bersalin lebih awal.