Suarez dikecualikan daripada skuad Uruguay 

Oleh Penulis Jemputan 21 Oktober 2017 2003
 Suarez dikecualikan daripada skuad Uruguay 
Luis Suarez tidak tersenarai dalam skuad Uruguay untuk aksi persahabatan menentang Poland dan Austria bulan depan bagi membantu pemulihannya daripada kecederaan lutut.

Penyerang itu dijangka tersisih sebulan selepas mengalami masalah itu dalam pertemuan kedua kekalahan Barcelona kepada Real Madrid dalam ​​Supercopa de Espana, Ogos lalu, sebelum turun beraksi untuk Uruguay, dua minggu kemudian.

Dia membantu Uruguay mengikat Argentina dan kemenangan ke atas Paraguay dalam pusingan kelayakan terbukti penting buat skuad asuhan Oscar Tabarez itu layak ke Piala Dunia tahun depan tetapi mereka akan turun tanpa Suarez dalam usaha mereka meneruskan persiapan pada bulan depan.

"Persatuan Bolasepak Uruguay (AUF) dimaklumkan cadangan itu oleh jabatan perubatan Barcelona untuk meneruskan evolusi dan pemulihan yang baik terhadap lutut kanan Luis Suarez, dengan rawatan perubatan dan fisiologi selama seminggu dari 11 November," menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan. 

"Atas sebab itu, pemain berkenaan tidak akan mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan yang dirancang pada 10 dan 14 November depan dengan Poland dan Austria."

Jurulatih Barca, Ernesto Valverde, menafikan Suarez sedang bergelut dengan kecederaan dalam sidang media Rabu lalu dan menyokong pemain berusia 30 tahun itu untuk mendapatkan semula sentuhan terbaiknya.

Panggilan penuh skuad Uruguay:

Fernando Muslera (Galatasaray), Martin Silva (Vasco da Gama), Martin Campana (Independiente); Diego Godin (Atletico Madrid), Sebastian Coates (Sporting CP), Jose Gimenez (Atletico Madrid), Maxi Pereira (Porto), Gaston Silva (Independiente), Martin Caceres (Verona), Mauricio Lemos (Las Palmas); Nahitan Nandez (Boca Juniors), Egidio Arevalo Rios (Racing Club), Matias Vecino (Inter), Federico Valverde (Deportivo La Coruna), Rodrigo Bentancur (Juventus), Carlos Sanchez (Monterrey), Giorgian De Arrascaeta (Pachuca), Nicolas Lodeiro (Seattle Sounders); Gaston Pereiro (PSV), Cristhian Stuani (Girona), Maximiliano Gomez (Celta Vigo), Edinson Cavani (Paris Saint-Germain).
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen