Luis Suarez berkata, Barcelona mesti bersedia jika pendahulu LaLiga, Real Madrid kehilangan mata ketika perlumbaan kejuaraan hampir selesai.

Juara bertahan dua kali, Barca meraih kemenangan 1-0 Espanyol awal pagi tadi.

Suarez menjaringkan satu-satunya gol perlawanan pada minit ke-56 sekali gus menyaksikan Espanyol tersingkir daripada saingan LaLiga sementara terus mengejar Real dalam persaingan liga.

Real berpeluang untuk meraih semula kelebihan empat mata ketika berdepan Deportivo Alaves awal pagi esok dan sementara Barca memiliki tiga lagi perlawanan, Suarez menegaskan gergasi Catalan itu harus bersedia untuk mengambil peluang dengan sebaik mungkin jika Real tercicir mata.

"Apa yang harus kami lakukan adalah memenangi tiga perlawanan berikutnya," kata Suarez. "Apa sahaja yang dilakukan Madrid bergantung kepada mereka.

"Sekiranya Real kehilangan mata, maka kami harus menggunakan peluang tersebut dengan sebaik mungkin."