Raheem Sterling mengakui mahu mendapatkan salah satu daripada jersi Lionel Messi.

Penyerang Manchester City, Sterling, sedang mendapatkan koleksi jersi selepas saling bertukar dengan pemain lawan, tetapi masih meletakkannya di bilik simpanan.

Pemain berusia 25 tahun itu berkata dia mahu menjuarai lebih banyak gelaran terlebih dahulu sebelum menggantungkan koleksi jersinya.

Sterling bercadang untuk memastikan beberapa jersi rakan sepasukan, David Silva, akan dipamerkan di dinding rumahnya di Jamaica.

"Saya seorang pengumpul jersi tetapi saya masih tidak lagi menggantungnya," kata Sterling.

"Saya tidak gemar melihat orang yang datang ke rumah saya mengenali diri saya sebagai pemain bola sepak.

"Namun apabila saya sudah lagi bermain, saya akan memilih yang terbaik untuk dijadikan sebagai pameran.

"Salah satu jersi yang benar-benar saya mahukan adalah milik Messi -- apabila kami berdepan Barcelona, saya memperoleh jersi Neymar. Saya berasakan ia kali pertama saya meminta untuk bertukar jersi dengan pemain lawan."

A post shared by Leo Messi (@leomessi) on


Sterling turut menjelaskan mengapa Silva sangat bermakna buat dirinya.

Dia berkata bahawa Silva, yang bakal meninggalkan City penghujung musim 2019-2020, telah banyak membantunya untuk menjadi seorang pemain yang 'merendah diri'.

Memberikan penghargaan kepada perancangan Sepanyol berpengalaman itu, Sterling berkata mempelajari banyak daripada Silva memupuk dirinya untuk 'kekal merendah diri dan cuba menaikkan diri sendiri dengan cara yang positif'.