Sekolah Sukan Negeri (SSN) Perak, Sekolah Menengah Gunung Rapat (SMKGR), akan mengadakan sesi pemilihan pemain bola sepak bawah 13 tahun sebagai persiapan menghadapi Piala Kementerian Pelajaran (KPM) dan Kejohanan Pusat Latihan Daerah (PLD), tahun hadapan.

Menurut ketua jurulatih bola sepak SSN Perak, A. Pugelenthi, peserta uji bakat yang terpilih akan diserap bersama pemain-pemain bawah 12 tahun yang mewakili Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), tahun lalu.

"SMKGR ini unik. Kami mahu kekalkan kategori sekolah kluster, iaitu sukan dan pelajaran seiring.

"Saya harap ramai akan datang sesi pemilihan ini kerana ia terbuka dan platform terbaik mengembangkan kerjaya bola sepak," katanya.

Sesi pemilihan terbuka itu akan diadakan pada Ahad ini di Stadium Mini SMKGR, bermula jam 8 pagi.