SELANGOR 0 SSBJ B-17 1

Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) B-17 mendapat bekalan berharga di tempat lawan apabila melakar kemenangan 1-0 ke atas Selangor dalam aksi final pertama Piala Belia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Gol tunggal perlawanan hadir menerusi jaringan Zafuan Azeman pada minit ke-70.

Selangor berpeluang menyamakan kedudukan empat minit kemudian menerusi tandukan pemain gantian, Nor Iman Mazlan, namun percubaannya sekadar melewati palang gol.

Kedua-dua pasukan akan bertandang ke Arena Universiti Malaysia pada 23 Oktober ini untuk aksi final kedua dalam misi merebut kejuaraan musim ini.