Lucas Moura memberikan kepada Tottenham tidak boleh mengeluh di sebalik kekurangan pilihan pemain penyerang dan berikrar Jose Mourinho mampu menghadirkan kejayaan musim ini.

Spurs tanpa khidmat Harry Kane sehinggan penghujung musim ekoran kecederaan hamstring sementara Son Heung-min turut bakal diketepikan apabila memerlukan menjalani pembedahan tangan.

Ketua jurulatih, Mourinho, berkata selepas tewas 1-0 kepada RB Leipzig dalam aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) bahawa Tottenham dalam bahaya kerana kekurangan pilihan mengisi jentera serangan.

Lucas telah ditugaskan untuk bergandingan bersama Dele Alli dalam aksi Rabu lalu dan menegaskan dia akan terus memberikan yang terbaik jika terpilih untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Heung-min dan Kane.

"Kami kehilangan dua penyerang utama tetapi tidak boleh mengeluh terhadap perkara ini," katanya. "Ia adalah sebahagian daripada bola sepak. Setiap pasukan menghadapi perlawanan yang sama."



"Saya akan cuba yang terbaik untuk menjaringkan gol. Saya akan memberikan 100 peratus dalam aksi timbal balik serta mentaliti yang kuat. Kami memiliki kualiti untuk layak ke peringkat seterusnya."

Jaringan penalti Timo Werner memberikan kemenangan 1-0 buat Leipzig di Stadium Tottenham Hotspur, memaksa skuad kendalian Mourinho terpaksa bekerja keras dalam aksi timbal balik 10 Mac ini.

"Kami mampu menukar situasi ini. Perlawanan masih belum berakhir. Ia bukanlah keputusan yang kami mahukan."