Leonardo Spinazzola mendedahkan bahawa dia menemui inspirasi dengan kegagalannya menyertai Inter Milan pada Januari lalu disebabkan tuduhan bahawa dia seorang pemain yang mudah dilanda kecederaan.

Pertahanan sayap AS Roma itu kelihatan akan menyertai Inter pada awal tahun ini dengan kesepakatan selama setahun yang turut melibatkan pertukaran dengan Matteo Politano.

Bagaimanapun, perpindahan itu tidak berjaya dan ia dilaporkan berpunca daripada dakwaan berkenaan tahap kecergasannya.

Bekas pemain Juventus itu, yang telah melakukan 15 penampilan liga musim ini, menjelaskan betapa dakwaan berkenaan telah mengguris perasaannya.

Spinazzola turut mendedahkan bahawa dia termotivasi dengan kegagalan perpindahan itu.

"Untuk melabel seorang pemain yang bermain seperti saya sebagai kerap cedera atau hambar, ia bukanlah perkara yang bagus," katanya dalam satu perbualan bersama peminat dalam Instagram.

"Saya berbangga dengan cara kelab saya menangani krisis ini -- ia satu kebanggan untuk menjadi sebahagian daripadanya.

"Sejak minggu ini, saya mengubah mentaliti saya. Sepanjang enam bulan sebelumnya, saya amat kecewa dan saya bukanlah seperti itu. tetapi selepas minggu ini, saya menemui diri saya," katanya

Serie A terpaksa direhatkan berikutan pandemik Covid-19 tetapi Spinazzola gembira dengan cara Roma mengangani krisis itu.

"Saya berbangga menjadi sebahagian daripada kelab ini.

"Saya sedar ia adalah kelab yang hebat tetapi bulan ini telah semakin membuktikannya.

"Bukan semua kelab dapat berkelakuan seperti ini," tambahnya.