INTER 5 CHIEVO 0

Luciano Spalletti bangga dengan persembahan yang dipamerkan oleh Inter ketika membenam Chievo 5-0 untuk kembali ke puncak Serie A buat kali pertama sejak Januari 2016.


Ivan Perisic muncul bintang perlawanan selepas meledak hatrik manakala Mauro Icardi dan Milan Skriniar turut mencetak nama sebagai penjaring.Spalletti menyifatkan pemain-pemainnya bermain sebagai satu unit, bagaimanapun menegaskan peningkatan perlu dipamerkan dalam perlawanan akan datang.

"Apabila perlawanan menuju ke satu haluan, pasukan telah membahagikan tugas dengan baik dan mereka bekerja sebagai satu unit. Ia adalah sesuatu yang sangat baik untuk disaksikan oleh jurulatih.

"Apabila semua pemain melakukan tugasan yang telah ditetapkan, ia membenarkan ruang dibuka dan menghasilkan percubaan.

"Ini merupakan tiga mata yang berharga, kami menutup setiap ruang buat Chievo, pemain-pemain sayap melancarkan serangan dan tidak hilang fokus sepanjang perlawanan.

"Inter berada di landasan yang tepat. Saya mahu mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain dan mahu mencari kesilapan yang boleh diperbaiki," katanya lagi.