SASSUOLO 1 INTER 0

Luciano Spalletti yakin Inter Milan sedang membuat kemajuan walaupun pasukannya kecundang buat kali kedua berturut-turut dalam Serie A, semalam.


Nerazzurri tidak pernah kalah dalam kancah liga musim ini sebelum tumbang 3-1 di kandang Udinese, minggu lalu.

Mereka sempat menyaksikan gol Diego Falcinelli dalam kekalahan 1-0 kepada Sassuolo hujung minggu ini turut dibatalkan, lalu memberi kesempatan kepada Napoli untuk menguasai liga dengan kelebihan lima mata.

Spalletti, bagaimanapun, menegaskan bahawa pasukannya tidak mempunyai sebab untuk berasa bimbang tatkala mereka menghampiri separuh kedua kempen ini.

"Saya lebih yakin berbanding sebelum ini kerana Inter tahu apa yang mereka lakukan kerana saya melihat persembahan yang tepat dalam kedua-dua perlawanan ini," katanya kepada Mediaset Premium.

"Pada saat ini, kami tidak konsisten atau kurang licik seperti melepaskan gol yang boleh dielakkan dalam serangan balas.

"Kami sepatutnya melakukannya dengan lebih baik dalam situasi itu dan kami tidak memanfaatkan peluang yang ada, itulah sebabnya kekalahan ini berlaku.

"Kami mempunyai peluang untuk melonjakkan kedudukan kami tetapi penyudah kami tidak cukup tajam.

"Pasukan ini memberikan persembahan yang agresif sehingga mendorong Sassuolo untuk berkampung di kawasan sendiri. Kami patut meraih sesuatu dengan hantaran-hantara berkualiti.

"Kami membayar harga yang tinggi untuk kesilapan pada saat-saat penting.

"Saya nampak tindak balas sejurus kami ketinggalan dan mula memasukkan bola ke dalam kawasan penalti dengan lebih kerap," katanya.