Gareth Southgate berkata bintang-bintang England tidak boleh dianggap sebagai pemain dalam kelas elit sehingga mereka membuktikan kepadanya di pentas Piala Dunia 2018 nanti.

Walaupun England telah memastikan kelayakan saingan Piala Dunia dengan kemenangan 1-0 ke atas Slovenia pada Khamis laluhasil jaringan pada penghujung perlawanan oleh Harry Kane, mereka bergelut untuk menyerlahkan persembahan sebenar dalam kejohanan utama.

Penyokong tuan rumah tidak memiliki sebarang keterujaan menyaksikan perlawanan di Wembley sehingga impak Kane pada penghujung permainan di sebalik keberkesanan England untuk tidak tewas dalam sebarang perlawanan saingan kelayakan tidak diragui.

England yang menurunkan pemenang Liga Juara-Juara (UCL) seperti Gary Cahill dan pemain-pemain yang cemerlang bersama kelab seperti Alex Oxlade-Chamberlain, Raheem Sterling dan Kyle Walker tetapi Southgate percaya pemain-pemainnya masih belum melakukan secukupnya untuk berada dalam kalangan pemain elit di Eropah.

"Saya berasakan jika kami mara ke separuh akhir, akhir, dan memenangi gelaran, baru saya akan berasakan pemain-pemain kami berada dalam kalangan elit. Buat masa ini, mereka perlu membuktikan kebolehan mereka.

"Pemain-pemain bertaraf dunia adalah Gerard Pique, Sergio Ramos, Sergio Busquets, Toni Kroos, Sami Khedira, Manuel Neuer -- mereka adalah contoh yang harus diikuti pemain-pemain England," katanya.