Gareth Southgate menggambarkan England sebagai 'negara pelik' berikutan sambutan bercampur-baur mengenai Wayne Rooney untuk membuat penampilan antarabangsa terakhirnya.

Rooney akan memenangi penampilan ke-120 bersama skuad The Three Lions dalam perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat (AS) di Wembley, dengan sebilangan hasil tiket perlawanan itu akan diserahkan untuk tujuan amal.

Penyerang DC United berkenaan tidak dipanggil untuk England selama dua tahun. Dia tidak akan memulakan perlawanan tetapi akan diperkenalkan sebagai pemain gantian untuk membolehkan peminat memberi penghormatan kepada pencetak gol terbanyak negara itu.

Pemain pertahanan Manchester City, Kyle Walker, memuji keputusan untuk menyenaraikan Rooney kembali ke pentas antarabangsa, begitupun nama-nama penting yang lain kurang menarik minatnya.

Peter Shilton, pemain tunggal yang beraksi lebih banyak daripada Rooney, menyifatkan ia tindakan yang silap manakala bekas penyerang, Alan Shearer, berkata penyenaraian itu mengurangkan kerancakan permainan yang menjadi medan pemanas badan sebelum aksi dengan Croatia dalam kempen Liga Negara-Negara Eropah.

Terdahulu, Jerman dan Belanda mengambil langkah serupa sebagai penghormatan kepada Lukas Podolski dan Wesley Sneijder yang membuat penampilan terakhir dalam karier antarabangsa mereka, justeru Southgate mempertahankan penyenaraian Rooney secara mengejut.

"Sekiranya ada pemain yang sepatutnya membuat satu lagi penampilan, orangnya sudah tentu pemain yang telah membuat 119 penampilan, penampilan yang lebih banyak daripada yang lain, bahkan separuh daripada bilangan penampilannya telah mengatasi rekod pemain yang ada dalam skuad England," kata Southgate.

"Dia berhak untuk mewakili England dalam tempoh lebih daripada 10 tahun, termasuk beraksi dalam enam kejohanan besar bersama England dan menjadi penjaring terbanyak negara.

"Saya fikir ada banyak contoh yang boleh didapati daripada pemain berpengalaman luas dalam keadaan berbeza-beza. Ini adalah peluang untuk kami memberi penghormatan kepada apa yang telah dicapai Rooney.

"Kami adalah sebuah negara yang aneh. Kami merungut mengenai kegagalan kami dalam usaha mencapai kejayaan seberapa banyak yang kami dambakan. Kami mempunyai pemain yang patut dipertimbangkan dan kami terlalu berfikir panjang untuk memberikannya penghormatan.

"Dari sudut pandangan saya, saya tidak sabar-sabar untuk menonton aksinya, bekerja dengannya dalam tempoh beberapa hari akan datang, memberikannya peluang menamatkan kerjaya di pentas antarabangsa. Bagi pemain, peluang ini tidak selalunya berlaku.

"Dengan adanya peluang ini, saya pasti penyokong akan memberikannya penghormatan."

Southgate mendedahkan penghormatan untuk Rooney boleh berlaku sebelum Piala Dunia Russia, namun Manchester United tidak berminat dengan idea itu.

"Saya cukup gembira sekiranya penghormatan ini berlaku sebelum Piala Dunia tetapi bagi Wayne, dia tidak mahu mengganggu tumpuan pasukan ketika itu," tambah Southgate.

"Jadi, sudah tentu semua orang menghormati keputusanya dan kami memahaminya. Kini, kami berpeluang untuk memberikan penghormatan itu di Wembley."