Southgate kecewa jika tidak dikaitkan dengan mana-mana kelab

Oleh Staff Writer 26 Disember 2019 1838
Southgate kecewa jika tidak dikaitkan dengan mana-mana kelab
Gareth Southgate kecewa jika tidak dikaitkan dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), namun pengurus England itu masih lagi memiliki objektif bersama The Three Lions.

England melangkah ke separuh akhir Piala Dunia buat kali pertama sejak 1990 di Russia tahun lalu di samping turut melangkah ke pusingan akhir Liga Negara-Negara Eropah.

Beliau kemudian memastikan kelayakan England ke Euro 2020 dan pasukannya kini dilihat sebagai pilihan untuk bergelar juara Eropah.

Dalam satu sesi soal jawab bersama Sky Sports, Southgate – yang telah dikaitkan dengan Manchester United sebelum ini -- telah ditanya jika mahu kembali mengendalikan kelab EPL.

Beliau menjelaskan tumpuannya kini kekal bersama The Three Lions.

"Saya benar-benar memberikan tumpuan terhadap peranan saya ketika ini. Ia merupakan satu keistimewaan untuk menjadi pengurus England.

"Kadangkala kita terlalu teruja untuk melihat cabaran yang bakal dihadapi pada masa akan datang dan tidak menghiraukan betapa bertuahnya kita dalam kedudukan ini," katanya.

"Saya berasakan pasukan kami kini sudah menjadi lebih baik, terdapat beberapa objektif yang mahu kami capai. Pada masa akan datang? Saya tidak secara realistiknya, saya tidak akan kekal mengendali England dalam tempoh 10 tahun lagi -- saya berharap untuk terus berkhidmat dalam tempoh enam bulan lagi.

"Namun, saya akan agak kecewa jika tidak dikaitkan dengan mana-mana kelab di England.

"Saya tidak kisah mengenainya kerana tidak menerima sebarang panggilan. Saya berasakan mereka mengetahui betapa komitednya saya terhadap pasukan England."

Bertindak sebagai pengurus skuad kebangsaan membuatkan Southgate perlu menangani banyak perkara, termasuk pertelingkahan di antara Raheem Sterling dan Joe Gomez sebelum ini.

Pengendali itu mengambil keputusan untuk mengetepikan Sterling ketika berdepan Montenegro sebelum menurunkan penyerang City itu dalam aksi kelayakan Euro 2020 bertemu Kosovo.

"Saya berasakan terdapat beberapa situasi yang perlu diputuskan, namun perlu menerima kritikan orang ramai. Ia bukanlah jalan terbaik tetapi ia diperlukan bagi memastikan pasukan kekal berfungsi sebagai satu unit."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen