Gareth Southgate berharap penyerang bintang, Harry Kane, akan cergas untuk diturunkan untuk England ketika bertemu Denmark dalam aksi Liga Negara-Negara, Khamis ini.

Ketua jurulatih Spurs, Jose Mourinho, menghubungi Southgate untuk tidak menggunakan Kane dalam ketiga-tiga perlawanan antarabangsa England, dengan Tottenham berdepan permulaan musim yang padat bagi musim 2020-21.

Kane meledak dua gol ketika menang ke atas Manchester United 6-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris 4 Oktober lalu, sebelum melapor diri untuk tugas bersama England.

Bagaimanapun, pemain berusia 27 tahun itu telah dikenalpasti mengalami kecederaan paha dan tidak terlibat ketika aksi persahabatan dengan Wales dan di bangku simpanan ketika berdepan Belgium Ahad lalu sebelum menggantikan Dominic Calvert-Lewin pada minit ke-66.

Di sebalik kebimbangan Mourinho, pengendali England, Southgate yakin kapten pasukan itu dapat memulakan aksi berdepan Denmark.

"Kane telah diberikan laporan Ahad lalu, pemain-pemain yang tidak terlibat ketika bertemu Wales, mereka telah menjalani proses pemulihan.

"Dia telah mula berlatih, kurang berpuas hati dengan pergerakannya jadi dia bersama pasukan perubatan untuk beberapa hari sebelum ini.

"Dia mengetahui mampu kembali pulih, tetapi dia memerlukan tumpuan yang baik.

"Saya berasakan keyakinannya telah meningkat selepas perlawanan bertemu Belgium, dan diharap Kane dapat diturunkan bertemu Denmark."