Son tidak sabar bertemu Leverkusen

Oleh Sacha Pisani 18 Oktober 2016 0
Son tidak sabar bertemu Leverkusen

Penyerang Tottenham, Son Heung-min gembira dengan peluang untuk bertemu semula bekas pasukannya, Bayer Leverkusen, dalam Liga Juara Juara.

Son bakal berdepan Leverkusen buat pertama kali dalam aksi peringkat kumpulan UCL selepas meninggalkan kelab Jerman itu pada Ogos 2015.

Pemain kebangsaan Korea Selatan itu telah beraksi selama dua musim di Leverkusen dan telah menjaringkan 21 gol dalam 62 penampilan sebelum berhijrah ke White Hart Lane.

"Ini merupakan perlawanan yang istimewa buat saya selepas bermain di Jerman selama dua tahun," kata Son.

"Saya memiliki kenangan yang indah dan memiliki rakan di sana. Saya sangat teruja menantikan perlawanan ini.

"Jika saya menjaringkan gol, saya tidak akan meraikannya kerana menghormati mereka."

Son telah meledak lima gol dalam tujuh penampilan musim ini.

 

Tentang Penulis

Sacha Pisani

Komen