Ole Gunnar Solskjaer mengakui David de Gea telah melakukan kesilapan yang tidak dapat dijelaskan ketika Manchester United tewas 3-1 kepada Chelsea dalam aksi separuh akhir Piala FA di Wembley.

Penjaga gol kelahiran Sepanyol itu kerap kali diangkat sebagai penjaga gol terbaik dunia oleh pengendali United, tetapi kesalahan yang ketara menjejaskan pasukan ketika aksi Piala FA dan mahu dilupakannya dalam kadar segera.

Mudah ditembusi dengan percubaan jarak dekat Olivier Giroud yang seharusnya mudah ditampan dalam perlawanan lain, De Gea turut mudah melepaskan percubaan Mason Mount bag membenarkan Chelsea mendahului 2-0.

Solskjaer mengakui De Gea harus bertindak dengan lebih cemerlang, dan berkata, "Dia mengetahui dia mampu menafikan percubaan itu dengan sempurna tetapi itulah bola sepak untuk anda. Saya mengambil keputusan untuk menurunkannya dan mengetahui dia bersedia untuk perlawanan ini."

"David mengetahui dia seharusnya menafikan percubaan kedua Chelsea tetapi ia sudah berakhir, kami perlu melihat ke hadapan.

"Sukar untuk penjaga gol memperbetulkan situasi, dia juga telah berusaha menafikan dua lagi percubaan Chelsea dalam perlawanan ini."


Dalam satu temubual, Solskjaer berkata United, yang terlepas satu kejuaraan musim ini, perlu membawa perwatakan yang betul bagi menghadapi dua aksi terakhir liga ketika berdepan West Ham dan Leicester City sementara memburu gelaran Eropah musim ini

"Tiada masa untuk kami meratapi kekalahan ini," kata Solskjaer lagi. "Kami memiliki dua perlawanan minggu ini kemudian aksi Liga Europa. Kami perlu tampil dengan aksi terbaik."