Solskjaer: Pogba makin hampir kembali perkuat United

Oleh Penulis Jemputan 7 November 2019 215
Solskjaer: Pogba makin hampir kembali perkuat United
Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, mengesahkan Paul Pogba tidak akan memerlukan tempoh yang lama untuk kembali beraksi tatkala bintang Perancis itu semakin pulih daripada kecederaan buku lali.

Pemenang Piala Dunia, Pogba, terlepas tujuh perlawanan melibatkan United susulan kecederaan buku lali yang dialami September lalu.

Minggu lalu, pemain tengah Perancis itu berkata dia memerlukan dua minggu lagi tempoh pemulihan selepas menanggalkan balutan di kakinya.

Bagaimanapun, tempoh yang disebutkan Solskjaer itu bakal menyaksikan Pogba terlepas kunjungan ke Sheffield United dalam aksi Liga Perdana Inggeris serta pertemuan menentang Astana bagi saingan Liga Europa di tempat lawan hujung bulan ini.

"Saya fikir dia sudah menjelaskannya, bukan?" kata Solskjaer kepada wartawan dalam sidang media hari ini.

"Dia tidak akan memerlukan waktu yang lama sebelum kembali. Dia akan berusaha sepanjang tempoh rehat antarabangsa dan diharapkan kami dapat menerima kembali khidmatnya pada awal bulan depan."

Pogba juga hampir pasti terlepas aksi Liga Europa berdepan Partizan Belgrade, di mana pertahanan, Victor Lindelof, turut tidak dapat beraksi.

Bek tengah itu mengalami kecederaan belakang ketika berdepan Chelsea dalam saingan Piala EFL minggu lalu dan walaupun dia menamatkan tempoh 90 minit menentang Bournemouth, Sabtu lalu, Solskjaer bertindak untuk tidak menyenaraikannya dalam aksi di Old Trafford awal pagi esok.

"Dia tidak akan cergas untuk perlawanan esok," tambah pengendali dari Norway itu.

"Dia mengalami kecederaan ketika berdepan Chelsea dan dan tidak menunjukkan sebarang reaksi sewaktu menentang Bournemouth, jadi dia akan diketepikan esok."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen