Solskjaer beri kejutan buat Bruno Fernandes

Oleh Ammar Hakim 20 Oktober 2020 1763
Solskjaer beri kejutan buat Bruno Fernandes
Ole Gunnar Solskjaer mengejutkan Bruno Fernandes ketika sidang media dengan mengumumkan pemain itu akan bertindak sebagai kapten Manchester United berdepan Paris Saint-Germain (PSG) awal pagi esok selepas memuji impak pemain Portugal itu.

Fernandes bertindak sebagai kebangkitan pasukan sejak berhijrah dari Sporting CP Januari lalu, menjaringkan 12 gol dalam 22 penampilan sepanjang separuh masa kedua musim 2020-21.

Dia turut mengakhiri kempen sebagai penghasil jaringan terbanyak dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), seiring dengan Marcus Rashford dengan tujuh assist.

Pemain berusia 26 tahun itu meneruskan apa yang dipamerkan sebelum ini dalam musim baru, dengan jaringan bergaya ketika menang 4-1 mengatasi Newcastle United Sabtu lalu sekaligus merekodkan gol yang ketiga dalam lima penampilan.

Dengan ketiadaan Harry Maguire untuk aksi Liga Juara-Juara (UCL) di Paris, Solskjaer tidak teragak-agak untuk memberikan lilitan kapten kepada Fernandes selepas permulaan yang mengagumkan sebagai pemain United.

"Bruno telah masuk dan memberi kesan hebat dengan semua statistik menunjukkannya," jelas Solskjaer.

"Persembahannya juga mendapat pujian hebat. Dia tidak mengubah pasukan, tetapi dia telah mencetuskan semangat."
 
Fernandes yang kelihatan terkejut mengakui bahawa dia tidak mengetahui terlebih dahulu mengenai keputusan Solskjaer, dan menggambarkannya  ia sebagai salah satu pencapaian tertinggi dalam kariernya. 

"Saya tidak menjangkakan perkara ini, saya telah mengetahuinya masa yang sama dengan anda," kata Fernandes. "Bagi saya itu satu penghormatan. Saya akan menjadi kapten untuk rakan sepasukan saya dan menjadi kapten Manchester United adalah pencapaian penting bagi saya.

"Tetapi saya berpendapat semua orang adalah kapten. Setiap orang perlu membantu dan menjadi pemimpin dengan cara mereka sendiri; kepimpinan berbeza dalam setiap pemain. Esok bukan mengenai saya tetapi mengenai pasukan.

"Memimpin adalah setiap hari di tempat latihan, setiap permainan dan semua orang melakukan tugas mereka untuk memimpin pasukan dengan cara yang mereka fikirkan terbaik."

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen