Solskjaer bangga Haaland hampir rekod jaringannya

Oleh Ammar Hakim 2 Disember 2020 1252
Solskjaer bangga Haaland hampir rekod jaringannya
Ole Gunnar Solskjaer mengetahui peningkatan mendadak Erling Haaland bermakna harinya sebagai penjaring gol terbanyak dari Norway dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) bakal berakhir.

Pengendali Manchester United, Solskjaer, melatih Haaland ketika dia masih lagi remaja di Molde.

Sejak berhijrah ke Salzburg kemudian ke Borussia Dortmund, Haaland meletup di pentas tertinggi saingan Eropah.

Dortmund menerima kunjungan Lazio awal pagi esok, dengan Haaland sudah meledak 16 gol dalam saingan UCL.

Solskjaer, yang meledak gol dalam masa kecederaan buat United dalam aksi final 1999 berdepan Bayern Munich, akan mengendalikan The Red Devils berdepan Paris Saint-Germain (PSG) minggu ini dan kekal kagum dengan rakan senegaranya.

"Dia sudah pasti akan mengatasinya dengan cepa," katanya.

"Pemain itu mengharungi permulaan yang baik dalam kariernya. Ia sungguh baik dapat bekerjasama dengannya dan melihat potensi yang dimiliki dan sebahagian daripada saya sangat berbangga dengan peningkatannya.

"Saya yakin Erling akan menjaringkan lebih banyak gol dalam saingan UCL."
 

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen