Solari: Tiba masa untuk Bale bukti kemampuan

Oleh Penulis Jemputan 3 November 2018 240
Solari: Tiba masa untuk Bale bukti kemampuan
Santiago Solari menggesa Gareth Bale untuk menggunakan peluang mempamerkan kualitinya dengan lebih konsisten buat Real Madrid.

Sering kali berada di ebalik bayang-bayang Cristiano Ronaldo ketika bintang Portugal itu beraksi di Santiago Bernabeu, akhirnya tiba masa buat Bale untuk mengetuai jentera serangan Los Blancos sejak Ronaldo berhijrah ke Juventus.

Bagaimanapun, Bale hanya meledak empat gol dalam 12 penampilan musim ini, dihimpit dengan kekalahan 5-1 kepada Barcelona minggu lalu, hingga menghadirkan kritikan terhadap kebolehannya mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ronaldo.

Solari masih lagi meletakkan harapan kepada pemain kebangsaan Wales itu untuk mengambil peluang mempamerkan aksi terbaik buat Real.

"Sudah tiba masa buat Bale. Saya berharap dia mampu membuktikan sesuatu kerana dia adalah seorang pemain yang berbakat," kata Solari.

"Saya akan berusaha untuk membantu Real. Kami akan berusaha untuk meningkatkan semula keinginan ketika menyerang, mencari jaringan dan tidak berputus asa," katanya.

Solari memastikan kemenangan 4-0 ke atas Melilla dalam saingan Copa del Rey sejak mengambil alih tugas yang ditinggalkan Julen Lopetegui.

Vinicius Junior mempamerkan aksi mengagumkan ketika Real mencipta kemenangan dan dijangka bakal diturunkan dalam saingan LaLiga berdepan Real Valladolid.

Solari mencadangkan beliau sedia memberikan peluang kepada beberapa bintang muda untuk membuktikan kualiti mereka.

"Junior merupakan salah seorang pemain dalam skuad ini dan semua berhak mendapatkan tempat kesebelasan utama. 

"Dia memerlukan tempoh beraksi bagi meningkatkan pengalaman untuk membentuk menjadi salah seorang pemain yang berkualiti, sama seperti mana-mana pemain dalam pasukan."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen