Ole Gunnar Solskjaer memberikan bayangan Chris Smalling mungkin memiliki masa depan bersama Manchester United future selepas dia menyempurnakan tempoh pinjamannya bersama Roma.

Pemain pertahanan, Smalling, semalam menyatakan kekecewaannya apabila tidak akan menjadi sebahagian daripada perjalanan Roma untuk mengejar gelaran Liga Europa (UEL).

Pertahanan tengah itu menjadi tunjang kepada kelab Itali itu sepanjang musim, tetapi persetujuan secara pinjaman telah berakhir selepas tamat saingan Serie A Sabtu lalu.

Menerusi Twitter, Smalling berkata, "Saya kecewa bahawa tidak dapat apa yang telah kami mulakan musim ini.

"Meraih pengalaman dalam tempoh yang singkat di Itali merupakan sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua pemain dan staf semoga berjaya berdepan Sevilla. DAJE ROMA!"



Solskjaer mencadangkan bekas pemain Fulham itu mungkin dapat memainkan peranan di Old Trafford musim depan.

"Saya berasakan Chris telah membuktikan kemampuannya dan nilainya kepada Manchester United," kata Solskjaer.

"Musim ini adalah mengenai dirinya mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama dan beraksi bersama Roma membuktikan kemampuannya.

"Saya mahu memberikan peluang kepada Harry [Maguire], Vic [Lindelof] dan mungkin Axel [Tuanzebe] peluang beraksi.

"Ia merupakan sesuatu yang terbaik untuk dirinya selama setahun beraksi di Roma dan dia telah membuktikan kemampuannya. Saya telah berbincang dengan Chris dan sangat gembira dengan prestasinya."

Smalling beraksi dalam 30 perlawanan Serie A musim ini, sementara membuat lima penampilan dalam skuad utama dalam saingan UEL.