Skuad Piala Presiden The Bos Gaurus giat mengadakan saringan pemilihan pemain yang akan beraksi di pentas 2017.

Menurut jurulatih Perak Mohd Sayuddin Mohd Isa, pemilihan kali ini berbeza dan ia berdasarkan beberapa kriteria yang perlu ada dalam setiap pemain.

Kata Sayuddin "seramai 36 orang dipanggil mengikuti peringkat pertama saringan. Di sini mereka dilatih kembali asas bolasepak. Bukan apa, kekadang mereka lupa teknik asas yang perlu. Kita ingatkan mereka kembali," ujarnya spontan.

Tambahnya lagi, "pemain telah dikumpulkan sejak awal November dan kerana faktor masa yang ada mudah untuk saya mengenalpasti pemain kerana dalam bolasepak tiada istilah 'kenal sehari'. Makin lama bersama mudah untuk saya membuat penilaian dan mengenalpasti posisi yang paling sesuai. Siapa yang ada nilai-nilai bolasepak ada peluang bersama skuad ini."