Skuad Juventus dikuarantin selepas dua staf positif COVID-19

Oleh Muzaffar Musa 4 Oktober 2020 129
Skuad Juventus dikuarantin selepas dua staf positif COVID-19
Juventus mengesahkan kesemua pemainnya sedang menjalani pengasingan kendiri selepas duua staf kelab itu disahkan positif koronavirus.

Skuad Bianconeri itu, yang akan menantikan kunjungan Napoli malam ini, mengesahkan semalam bahawa dua kakitangan mereka dijangkiti COVID-19 tetapi dua individu berkenaan bukan daripada kalangan pemain, pegawai teknikal atau pegawai perubatan mereka.

Dengan mengikut protokol, Juve berkata mereka yang diuji negatif virus berkenaan masih dibenarkan untuk meneruskan sesi latihan dan perlawanan tetapi tidak dibenarkan untuk melakukan kontak dengan pihak luar.

Satu kenyataan yang dikeluarkan kelab itu berkata: "Juventus mengumumkan bahawa sewaktu ujian saringan yang dijalankan oleh pasukan protokol, dua staff kami telah diuji positif COVID-19.

"Ia tidak melibatkan mana-mana pemain atau pegawai teknikal atau perubatan.

"Bagaimanapun, bagi memenuhi setiap syarat dan protokol, seluruh pasukan ini, buat masa ini, sedang menjalani pengasingan kendiri.

"Posedur ini akan membenarkan kesemua ahli yang diuji negatif untuk meneruskan sesi latihan dan aktiviti perlawanan tetapi mereka tidak dibenarkan untuk melakukan kontak dengan pihak di luar pasukan ini.

"Kelab ini akan terus sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan."

Napoli turut melaporkan terdapat dua pemain dan seorang stafnya diuji positif koronavirus minggu ini, sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai status perlawanan berkenaan.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen